Home Kenyataan Media PAS Selangor

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2023: IKTIRAF SUMBANGAN DAN HAK PEKERJA YANG MENCARI REZEKI HALAL

147
SHARE

PAS Selangor mengucapkan Selamat menyambut Hari Pekerja kepada lebih 16 juta golongan pekerja sepenuh masa dan kontrak yang menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara secara langsung.

Golongan pekerja wajar diberi penghormatan oleh pihak kerajaan dan majikan atas pengorbanan dan komitmen cemerlang mereka selama ini yang sanggup berjauhan dengan keluarga untuk berhijrah ke Lembah Klang semata-mata ingin mencari rezeki yang halal.

Sayidatina Aisyah meriwayatkan, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُحِبُّ إِذَا عَمِلَ أَحَدُكُمْ عَمَلًا أَنْ يُتْقِنَهُ

“Sesungguhnya Allah SWT mengasihi apabila seseorang daripada kamu melakukan sesuatu amalan yang dilakukan secara tekun.”

(Riwayat at-Tabrani)

Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bertujuan mengiktiraf sumbangan, keringat dan hak golongan pekerja.

Kerajaan pusat melalui Kementerian Sumber Manusia mestilah mengambil tindakan tegas terhadap pihak majikan yang memanipulasi pekerja terutamanya dalam sektor ‘gig economy’ seperti rider yang terpaksa bekerja dari 10 hingga 12 jam sehari bagi mendapat upah yang setimpal. Selain itu, sistem percukaian yang dilihat membebankan golongan pekerja perlu dikaji semula dan setimbang dengan keuntungan sektor swasta.

PAS Selangor komited mewujudkan keadilan sosial, kesamarataan dan ‘work life balance’ yang lebih akomodatif dengan golongan pekerja terutamanya di negeri ini.

DATO’ DR. AHMAD YUNUS BIN HAIRI

Pesuruhjaya

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

1 Mei 2023 | 10 Syawal 1444