Home Rencana PAS Selangor

Selamat menyambut Hari Malaysia 2021 – DPPN Selangor

9
SHARE

May be an image of 3 people, headscarf and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Tahukah anda, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963?

Hari ini adalah saksi hidup penggabungan Tanah Melayu yang dikenali ketika itu bersama Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia walaupun pada 1965 Singapura mengambil keputusan untuk berpisah dari Malaysia.

Kini, banyak cabaran yang telah berjaya diharungi bersama berkat semangat perpaduan pelbagai bangsa dan budaya di negara Malaysia ini. Bak kata pepatah, “bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat”.

Semoga perpaduan di antara kita terus kukuh bagi mengekalkan keharmonian negara serta bersatu mempertahankan agama, bangsa dan negara demi Keluarga Malaysia.

16 September 2021 | 9 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor