Home Berita PAS Pusat

Selamat Menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia

1548
SHARE

Masih ada dalam kalangan anggota masyarakat yang tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autisme kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal.

Austisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku.

PAS mengucapkan selamat menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang diraikan pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghadapinya.

Setinggi-tinggi perhargaan diucapkan kepada ibu bapa dan para penjaga kanak-kanak autisme di luar sana. Terlalu besar pengorbanan selain perjuangan mereka dalam mendidik anak istimewa ini dengan penuh kesabaran.

Semoga kesabaran ini menjadi asbab mereka terpilih menjadi penghuni syurga. Firman Allah SWT dalam surah Ar-Ra’d ayat 22-23:

“Dan orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat; iaitu syurga yang kekal.”

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’