Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan selamat menyambut Hari Kanser Sedunia yang diraikan pada 4 Februari setiap tahun.
Bertepatan dengan tema pada tahun ini iaitu “Saya Akan dan Saya Boleh” marilah bersama-sama memainkan peranan untuk mewujudkan kesedaran dan mencegah penularan kanser di Malaysia yang kian menunjukkan peningkatan saban tahun.
Sebagai anggota masyarakat kita hendaklah memberi sokongan moral kepada pesakit kanser agar dapat meringankan beban yang dihadapi.
Doa kami kepada semua pesakit kanser semoga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesembuhan daripada penyakit ini.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’