الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين
Tarikh 4 Mei telah diwartakan sebagai Hari Bomba yang pastinya sangat bermakna untuk menghargai jasa dan bakti anggota bomba.
Mereka bertugas tidak kira masa serta menghadapi pelbagai risiko dalam melaksanakan tanggungjawab, tidak kira api yang marak, binatang berbisa dan lain-lain ancaman kepada keselamatan kita seluruhnya.
Dalam fasa COVID-19 ini, mereka juga adalah antara barisan hadapan yang membantu Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam kerja-kerja sanitasi awam yang semestinya berbahaya kerana berhadapan risiko jangkitan, namun mereka tetap tekun melaksanakan tugas.
Namun ganjaran Allah terhadap golongan yang berbuat baik itu adalah pasti, sebagaimana firmanNya dalam surah Al-Nahl ayat 30:
لِّلَّذِینَ أَحۡسَنُوا۟ فِی هَـٰذِهِ ٱلدُّنۡیَا حَسَنَةࣱۚ
” “Kebaikan” orang-orang yang berbuat kebaikan di dunia ini akan mendapat balasan yang baik”.
Akhir kalam, Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Bomba kepada anggota bomba di seluruh negara khusus di Wilayah Persekutuan, semoga kalian sentiasa dalam peliharaan Allah.
Siiru ‘ala barakatillah
Islam Memimpin Perpaduan
USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
4 Mei 2020 l 11 Ramadhan 1441H