Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat Maju Jaya ADUN Sabah Pertama PAS

636
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Sabah, Dr. Aliakbar Gulasan yang telah dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah semalam.

BPPWP mengambil maklum bahawa pelantikan ini sejajar dengan Perlembagaan Negeri Sabah yang membenarkan pelantikan ADUN tambahan seramai 6 orang.

Pelantikan ini semestinya amat bermakna terutama dalam lipatan sejarah PAS Negeri Sabah. Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk PAS Negeri Sabah terus menggerakkan agenda Islam di bumi Sabah.

BPPWP juga turut merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada kepimpinan kerajaan Negeri Sabah diketuai YAB Datuk Panglima Hajiji Haji Noor atas kepercayaan yang diberikan kepada wakil PAS untuk bersama dalam komponen kerajaan Negeri Sabah.

Buat YB Dr. Aliakbar Gulasan, selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya!

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
9 Oktober 2020 l 21 Safar 1442H