Home Berita PAS Selangor

Selamat kembali melaksanakan PDPR – TPJ 2 PAS Selangor

179
SHARE

May be an image of 1 person and text that says "ERP. SELAMAT KEMBALI MELAKSANAKAn PDPR BERMULA 17 MEI 2021 Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh Timbalan Pengerusi Pertubuhan Permuafakatan Pendidikan Islam Selangor (PERPIS)"

Info Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor Us Noor Najhan Mohamad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Ustaz Noor Najhan Mohamad Salleh
Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Selangor

Kapar | Sebagaimana kita maklum bahawa sesi persekolahan akan bersambung semula setelah anak-anak cuti beraya. Sekali lagi anak-anak akan melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) setelah pihak MKN menguatkuasakan PKP di seluruh negara.

Diharapkan semua yang terlibat termasuk pengurusan sekolah, para pendidik, ibubapa dan murid- murid lebih bersedia berdasarkan pengalaman PdPR sebelum ini bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan PdPR kali ini.

Kita tidak menafikan beberapa halangan perlu dihadapi oleh pihak-pihak yang terlibat. Antara halangan tersebut ialah kelengkapan prasarana IT, capaian internet, disiplin murid dan pemantauan ibubapa kerana bertembung dengan tuntutan bekerja.

Semoga semua pihak boleh bertolak ansur dan saling menyokong norma baru pendidikan ini bagi memastikan tiada murid-murid yang ketinggalan.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor