Home Berita PAS Wilayah

Selamat Hari TLDM ke-86

1273
SHARE

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) merupakan salah satu cabang di bawah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan perairan negara.

Peranan TLDM amat penting bagi Malaysia memandangkan negara kita mempunyai sempadan perairan yang lebih besar berbanding daratan.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekarang ini, TLDM sebagai petugas barisan hadapan juga telah meningkatkan pengawasan di sempadan maritim bagi menghalang kemasukan Pendatang Tanpa Izin agar penularan wabak Covid-19 di dalam negara kita dapat dikawal.

Inilah adalah antara jasa dan bakti TLDM dalam memastikan keselamatan perairan negara yang wajar dihargai oleh seluruh rakyat Malaysia.

Justeru, sempena Hari TLDM yang ke-86 ini, Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga TLDM atas segala jasa dan pengorbanan dalam menjaga keselamatan Malaysia dan rakyatnya.

Terima kasih wira negara!

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN