Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Tentera Laut Diraja Malaysia ke-86

323
SHARE

Selamat Hari Tentera Laut Diraja Malaysia ke-86

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan Selamat Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang ke-86 kepada semua anggota Tentera Laut Diraja Malaysia.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada TLDM yang telah lama berkerah tenaga mencurahkan jasa bagi menjaga keselamatan negara tercinta.

Dapat kita lihat, TLDM juga turut bersama-sama memainkan peranan sebagai petugas barisan hadapan dalam mengawal penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang memahami penat lelah yang ditabur oleh mereka, marilah kita bersama-sama mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh kerajaan untuk kebaikan semua.

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Dan katakanlah: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.
(Surah AtTaubah ayat 105)

“Armada Siaga TLDM Perkasa”

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
4 Ramadhan 1441H
27 April 2020