Home Rencana PAS Selangor

Selamat Hari Malaysia, kita satu keluarga – PAS Kawasan Gombak

9
SHARE

May be an image of 3 people and text

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Gombak

Oleh : PAS Kawasan Gombak

PAS Kawasan Gombak mengucapkan Selamat Menyambut Hari Malaysia 2021 kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya masyarakat di parlimen Gombak.

Hari Malaysia mempunyai peranan besar sebagai asas pembinaan semangat kebangsaan, yang merupakan kesinambungan dari agenda kemerdekaan itu sendiri.

Oleh kerana suntikan semangat itu, kita sebagai rakyat sentiasa bersepakat untuk mempertahankan keharmonian dan perpaduan demi kepentingan bersama.

Marilah kita berganding bahu untuk melaksanakan aspirasi ‘Keluarga Malaysia’ oleh YAB Perdana Menteri demi membina negara yang lebih baik dan bermakna untuk semua.

“Selamat Hari Malaysia, Kita satu keluarga”

16 September 2021 | 9 Safar 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor