Home Berita PAS Selangor

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

754
SHARE

Oleh : Zurk Ahmad

Hari ini 10.10.2020 cantik angkanya. 10 Oktober merupakan Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia melalui terbitan Buku Kesihatan Mental dan Fizikal 2012, kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya tindak terhadap stres kehidupan boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.

Kesihatan mental juga merujuk kepada cara kita berfikir, merasa dan cara kita bertindak. Mental yang sihat akan membantu kita menghadapi serta mengatasi masalah. Dalam perkara lain ia juga merujuk kepada cara kita berinteraksi dengan orang lain.

Sebaliknya mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akan mengalami kemurungan, kecelaruan kebimbangan umum, kecelaruan panik, kecelaruan obsesif kompulsif, kecelaruan stress dan juga gangguan tidur.

Antara masalah yang melibatkan kesihatan mental yang seringkali menghantui masyarakat urban adalah kemurungan. Kemurungan adalah gangguan perasaan yang mengakibatkan kesedihan yang berpanjangan, keletihan dan kehilangan tenaga, cepat marah serta kehilangan minat dalam aktiviti harian. Penyakit ini boleh dihidapi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.

Kemurungan atau hal yang berkait dengan kesihatan mental sebenarnya boleh dirawat atau dihindarkan apabila kita menjalani kehidupan yang sihat. Banyak kajian yang dijalankan mendapati amalan kerohanian serta pegangan agama yang kuat dapat menyumbang kepada kehidupan kesihatan mental yang baik.

Apabila saya membelek artikel dan buku-buku berkaitan kesihatan mental dan psikologi ini, saya dapat simpulkan bahawa mereka yang sering memasang angan melangit juga akan mengalami masalah mental jika beliau gagal mendapatkannya. Berbeza dengan mereka yang sentiasa “berpijak dibumi yang nyata” tetapi dalam masa yang sama bijak mengatur strategi bersama usaha yang gigih dan bertawakal kepada Allah akan sentiasa optimis dengan cita-cita nan satu. Jika gagal sekali akan terus optimis untuk mencubanya berkali-kali.

Dalam membentuk mental yang sihat, hidup kita hendaklah senantiasa berpegang kepada prinsip serta redha dengan ketentuanNya.

Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kekadang layan juga Metallica!

Zurk Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#demiIslam
#muafakatnasional
#pemudabangkitdemiislam
#youth4green
#PemudaPAS
#memimpinnegara