Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019

2135
SHARE

Selamat Hari Kesihatan Mental Sedunia 2019

10 Oktober merupakan sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia. Sambutan ini bermula tahun 1992 dan diperkenalkan oleh World Federation of Mental Health (WFMH) dengan tema yang berbeza saban tahun.

Tema pada tahun ini adalah promosi kesihatan mental dan pencegahan bunuh diri. Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) ingin berkongsi beberapa tips sihat untuk kesihatan mental ini.

1.Mengamalkan cara hidup sihat seperti makan makanan yang seimbang, cukup tidur dan rehat serta kekalkan berat badan yang unggul.
2.Sentiasa berfikiran positif dan kekalkan persekitaran yang tenang bersih dan selesa
3.Buat keputusan secara bijak dan rasional
4.Cari teman dan kawan untuk berkongsi perkara sama ada sedih atau gembira.
5.Belajar menangani kritikan dengan baik.
6.Belajar menjadi diri sendiri dan berusaha menyayangi diri sendiri
7.Rancang masa anda dengan baik agar tidak tertekan.
8. Kongsi masalah anda dan mendapatkan bantuan dari profesional bila diperlukan.
9. Amalkan nilai-nilai keagamaan dan moral yang baik.

Tekanan dan cabaran pasti terus diuji buat hambaNya yang terpilih. Justeru, banyakkan bersabar, tenang dan buat pilihan yang tepat. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya. Mintalah petunjuk dari yang pakar dan berserah juga pada ilahi agar DIA sentiasa memberikan yang terbaik dan memberikan kelapangan atas segala urusan kita.

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي ، وَارْحَمْنِي ، وَاهْدِني ، وَعَافِني ، وَارْزُقْنِي

Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk padaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku

Sayangi diri anda, sayangi insan sekeliling anda, berikan senyuman dan pelukan kasih sayang buat insan yang tersayang! Bersama membina keluarga yang sihat, bahagia dan hidup dengan aman lagi harmoni.

‘Islam Memimpin Wanita Sejahtera’

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat
Ahli Dewan Negara
11 Safar 1441
10 Oktober 2019