Pengamal media menjadi tonggak penting dalam menyampaikan sesuatu maklumat kepada masyarakat. Mereka menjadi kumpulan yang menyedarkan serta mendidik rakyat akan suasana yang berlaku dalam negara mahupun antarabangsa.
Dalam dunia tanpa sempadan ini, para pengamal media mesti menyedari bahawa mereka bukan sahaja melaporkan berita yang menarik tetapi mesti bertanggungjawab terhadap kesahihan maklumat yang disampaikan.
Inilah antara ajaran yang terkandung dalam ajaran Islam sepertimana firman Allah SWT:
إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِّنكُمْ ۚ لَا تَحْسَبُوهُ شَرًّا لَّكُم ۖ بَلْ هُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۚ لِكُلِّ امْرِئٍ مِّنْهُم مَّا اكْتَسَبَ مِنَ الْإِثْمِ ۚ وَالَّذِي تَوَلَّىٰ كِبْرَهُ مِنْهُمْ لَهُ عَذَابٌ عَظِيمٌ
Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu; janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang di antara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyiarkannya di antara mereka, akan beroleh seksa yang besar (di dunia dan di akhirat). [Surah An-Nur, 11]
PAS mengucapkan selamat Hari Kebebasan Akhbar Sedunia 2021 yang bertemakan “Maklumat sebagai Kebaikan Awam.”
Terima kasih atas jasa yang telah dicurahkan.
‘Islam Memperkukuh Perpaduan’
#MalaysiaSejahtera
#MalaysiaPrihatin