Home Artikel PAS Wilayah

Selamat Hari Jururawat Sedunia

286
SHARE

Profesion jururawat merupakan suatu profesion yang sangat mulia.

Jururawat juga merupakan antara barisan hadapan dalam perjuangan negara memerangi wabak Covid-19.

Menjadi seorang jururawat memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang tinggi demi memastikan kesihatan dan kesembuhan pesakit di bawah jagaan mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para jururawat yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat Malaysia.

Justeru Dewan Muslimat PAS Wilayah Persekutuan ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada para jururawat negara yang gigih bertugas di medan masing-masing.

Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan sebaik-baik ganjaran atas jasa dan pengorbanan anda.

Terima kasih Nurse!

DEWAN MUSLIMAT PAS WILAYAH PERSEKUTUAN