Home Artikel PAS Wilayah

Selamat Hari Jururawat Sedunia

430
SHARE

Selamat Hari Jururawat Sedunia

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Israa’ ayat 7 maksudnya,

Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.

Menjadi sebagai seorang jururawat adalah satu tugas yang mulia. Ia juga bukan mudah lantas memerlukan kecekalan dan semangat yang tinggi.

Justeru amat wajar untuk kita mengenang pengorbanan dan penat lelah para jururawat yang sentiasa komited dalam menjaga kesihatan pesakit ini.

Bersempena Hari Jururawat Sedunia, PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia dan marilah kita bersama-sama mengucapkan terima kasih kepada mereka atas segala jasa yang hanya Allah SWT sahaja dapat membalasnya.

Terima Kasih Nurse!

“Islam Memimpin Perpaduan”

PAS KAWASAN BATU

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN BATU

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU

Selamat Hari Jururawat Sedunia Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Israa' ayat 7 maksudnya, Jika kamu berbuat…

Posted by PAS Kawasan Batu on Monday, May 11, 2020

12 Mei: Penghargaan Buat Jururawat

12 Mei didedikasikan untuk menghargai jasa para jururawat terhadap masyarakat.

Peranan jururawat juga dapat dilihat sejak zaman permulaan Islam lagi seperti dalam peperangan. Antara tokoh agung jururawat ialah Ummul Mukminin Saidatina Aisyah yang memiliki kepakaran dan kemahiran dalam perubatan Islam.

Selain itu, Rufaidah Al Aslamia atau lebih dikenali Rufaidah binti Sa’ad yang berasal dari Bani Aslam turut diiktiraf sebagai salah seorang tokoh jururawat muslimah yang awal dalam Islam.

Figura-figura lain yang merupakan jururawat di zaman kebangkitan Islam ialah Ku’ayibah, Aminah bin Abi Qays Al Ghifariyah, Ummu Atiyyah Al Ansariyah, dan Nusaibah binti Kaab.

Dalam situasi pandemik COVID 19 hari ini, kita sangat menghargai pengorbanan jururawat sebagai antara barisan hadapan sehingga ada antara mereka yang terkorban disebabkan wabak ini.

Sama-samalah kita mendoakan agar mereka terus tabah menjalankan dan untuk yang telah meninggal dunia agar dicucuri rahmatNya.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Jururawat kepada semua jururawat di Malaysia. Semoga terus komited melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan membawa imej jururawat muslimah.

Siiru ‘ala barakatillah

*Islam Memimpin Perpaduan*

*USTAZ AZHAR YAHYA*
*Pesuruhjaya*
*Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan*
12 Mei 2020 l 19 Ramadhan 1441H