Home Berita PAS Pusat

Selamat Hari Jantung Sedunia

725
SHARE

SELAMAT HARI JANTUNG SEDUNIA

Hari Jantung Sedunia disambut pada 29 September setiap tahun bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kepentingan gaya hidup sihat bagi mencegah penyakit kardiovaskular.

Seluruh masyarakat perlu memandang penting akan aspek kesihatan jantung yang merupakan antara punca utama kematian di Malaysia. Menurut Laporan Perangkaan Sebab Kematian di Malaysia 2019, 18,267 (15.6%) daripada 117,387 kematian (yang disahkan secara perubatan) pada 2018 adalah disebabkan penyakit jantung.

Secara asas, menjaga kesihatan adalah tanggungjawab manusia atas amanah Allah ke atas diri mereka. Anggota tubuh badan serta kesihatan yang diberikan oleh Allah wajib dijaga, dipelihara dan dilarang daripada membuat perkara yang memudaratkan diri.

Oleh itu, terus sebarkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan jantung. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit berkaitannya.

Sayangi jantung dan terus berhubung.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’