Para guru di Malaysia pastinya sentiasa bersedia mendepani isu pembelajaran demi mendidik anak bangsa. Apatah lagi, apabila dunia dilanda wabak Covid-19, cara pembelajaran diadaptasi dalam bentuk norma baharu. Dunia maya menjadi perantara antara para pelajar dengan para guru.
Pembelajaran di alam maya ada cabarannya. Namun, para guru tetap tekad dalam usaha berterusan menyampaikan ilmu dalam pelbagai bentuk agar para pelajar tidak hanyut dek arus teknologi di rumah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas pengorbanan yang telah dicurahkan untuk anak bangsa walau dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Sempena Hari Guru 2020, PAS Kawasan Titiwangsa mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan buat semua guru di Malaysia dan sentiasa diberi kekuatan dalam mendepani norma baharu pembelajaran di musim PKP ini.
Islam Memimpin Perpaduan
Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu
Yang benar,
HAJI KHAIRUL ANUAR ABDUL MANAP
Yang Dipertua PAS Kawasan Titiwangsa.
16 Mei 2020 | 23 Ramadan 1441H