Home Artikel PAS Wilayah

Selamat Hari Bomba

153
SHARE

SELAMAT HARI BOMBA

 

Profesion sebagai anggota bomba sering dikaitkan dengan keberanian dan kecekalan yang tinggi.

 

Kesanggupan mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan orang lain adalah tugas yang mulia serta pasti dinilai oleh Allah SWT untuk diberi ganjaran.

 

لِلَّذِينَ أَحْسَنُوا فِي هَذِهِ الدُّنْيَا حَسَنَةٌ

 

“Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik.” (An-Nahl : 30)

 

Walaupun kerjaya sebagai anggota bomba tidaklah menjanjikan kemewahan mahupun populariti, namun kesanggupan mereka untuk berkhidmat demi keselamatan orang lain wajar dihargai.

 

Justeru, Dewan Muslimat PAS Kawasan Batu ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia atas segala jasa bakti mereka sebagai tonggak penyelamatan negara.

 

Semoga Allah SWT merahmati anda atas segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan.

 

Terima kasih!

 

“Islam Memimpin Perpaduan”

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

 

DEWAN MUSLIMAT PAS KAWASAN BATU