Home Artikel PAS Wilayah

Pusat Khidmat Sentiasa Terbuka Untuk Penyumbang & Penerima Sumbangan

642
SHARE

Pusat Khidmat Sentiasa Terbuka Untuk Penyumbang & Penerima Sumbangan

Oleh HEDZER IBRAHIM

KAMPUNG PANDAN, 4 Mei – Seramai 15 orang penerima sumbangan daripada PAS Kawasan Titiwangsa melalui Bantuan Bencana Covid-19 di sekitar Desa Pandan, Taman Maluri, Pandan Dalam dan U-Thant pagi semalam.

Penyerahan sumbangan dijalankan di Pusat Khidmat Kampung Pandan oleh Hedzer Ibrahim, Pengarah Jentera Pilihanraya (JPRP), merangkap Ketua Zon Pandan dengan dibantu oleh AJK PAS Kawasan Titiwangsa dan Sukarelawan Prihatin Zon Pandan.

Para penerima terdiri daripada warga emas, ibu tinggal, balu dan mereka yang mendapat gaji harian tetapi terhenti pendapatan kerana kawalan pergerakan.

Salah seorang penerima, ibu tinggal yang mempunyai dua orang anak, iaitu 2 tahun dan seorang lagi baru lahir. Ibu tinggal ini dibantu dengan barangan makanan harian serta tambahan sumbangan susu bayi dan lampin.

Terdapat juga penerima yang uzur dan tiada kenderaan. Pihak sukarelawan menghantar barang sumbangan terus ke rumah mereka.

PAS Titiwangsa sekali lagi bekerjasama dengan Azharcare, sebuah NGO kebajikan yang sentiasa prihatin menyumbang sebahagian daripada barangan makanan kepada masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Dengan adanya infaq kewangan dan barangan, ini memungkinkan usaha-usaha kebajikan dapat diteruskan. Sepanjang penyerahan sumbangan dijalankan, para petugas sentiasa menjaga dan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Justeru itu, PAS Kawasan Titiwangsa merayu kepada warga Malaysia yang prihatin untuk turut menyumbang kerana pembelian barang-barang keperluan dapur masih diteruskan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), lebih-lebih lagi untuk sepanjang Ramadan ini.

Misi sepanjang Ramadan ini juga lebih menarik. Pasukan Prihatin PAS Zon Pandan berharap dapat meneruskan bantuan mengedarkan kurma dan bubur lambuk kepada orang ramai. Misi ini pasti akan berjaya dengan bantuan dan sumbangan orang ramai.

Sumbangan boleh disalurkan ke akaun,

Maybank : 5640-9850-4101
(PARTI ISLAM SEMALAYSIA KAWASAN TITIWANGSA)

serta hubungi AJK kami untuk maklumat lanjut :

1) Cikgu Yusoop (011-13373066)
2) En. Hedzer (019-2708639)

Kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. Jariah anda kami sampaikan kepada mereka yang berhak mendapatkannya.

#RamadanKareem
#stayathome
#StaySafe
#stayhome
#malaysia
#DudukRumah
#Covid_19
#kitajagakita
#PKP
#pastitiwangsa