PAS Kawasan Wangsa Maju merakamkan ucapan Selamat Hari Bomba 2020 kepada semua warga kerja Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara atas segala jasa bakti dan pengorbanan yang telah diberikan.
Memilih kerjaya bomba sebagai sebuah profesion merupakan satu perkara yang amat mulia. Mereka merisikokan diri sendiri untuk menyelamatkan dan memberi perlindungan kepada orang lain. Mereka juga bertarung nyawa meredah api, air, binatang berbisa dan pelbagai bentuk bahaya yang lain bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia.
Walaupun tugas dan kerja mereka berada di belakang tabir dan kadangkala tidak di papar di media arus perdana, namun merekalah hero sebenar kita. Tugasan mulia ini hakikatnya dinilai Allah dan pasti akan diganjarkan dengan sebaik-baik balasan.
“BOMBA TONGGAK PENYELAMATAN NEGARA”
Tulus Ikhlas
Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud
Yang Dipertua PAS Kawasan Wangsa Maju