Tahun 2022 ini bakal menyaksikan senario politik tanah air berubah dengan kemasukan golongan baru yang sudah layak menjadi pengundi secara automatik iaitu golongan anak muda seawal umur 18 tahun.
Pemuda PAS Terengganu begitu teruja menerima kehadiran para pengundi ini yang sudah pasti akan memberi nafas segar dalam arena dan pola bacaan politik negara. Khusus untuk para pengundi 18 tahun kami berikrar.
1. Pemuda PAS Terengganu akan menjadi lidah rasmi Kerajaan Terengganu dan PAS Terengganu dalam menghubungkan agenda kerajaan terus kepada anak muda.
2. Pemuda PAS juga akan menjadi jurucakap menyampaikan hasrat anak muda kepada kerajaan Terengganu dan PAS.
3. Pemuda PAS akan memainkan peranan dalam penerapan ilmu Islam dan kesedaran politik kepada anak muda Terengganu menerusi budaya pendidikan berteraskan Islam.
4. Memastikan program dan aktiviti anak muda mendapat sokongan dari pelbagai pihak dan kebajikan mereka dapat diberikan perhatian sepenuhnya untuk memastikan anak muda terus mampu berdaya saing dalam dunia yang mencabar pada hari ini.
5. Pemuda PAS Terengganu juga menawarkan peluang untuk menimba pengalaman dalam berorganisasi dengan membuka penyertaan kepada mana-mana entiti Pemuda seperti:
– Department of Art, Culture and Sport (DACS) untuk kesenian, kebudayaan dan sukan.
– Alternative Riding Club (ARC) untuk rekreasi permotoran dan kebajikan.
– Jabatan Amal Malaysia (JAM) untuk kesukarelawanan dan badan beruniform dan banyak lagi.
Jesteru, Pemuda PAS Terengganu menyeru kepada seluruh anak muda agar mengambil tempat dalam politik tanah air dan mengambil kesempatan atas kelayakan mengundi untuk mencorak negara yang lebih baik untuk masa akan datang. Kami yakin anak muda pengundi 18 akan memilih PAS pada PRU-15 nanti berdasarkan integriti dan kemampuan memimpinan yang ada pada PAS.
Ustaz Harun Esa
Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT)
21 Jamadil Akhir 1443H/ 24 Januari 2022