Home Berita PAS Negeri Sembilan

Selamat Bermuktamar : PAS Negeri Sembilan

108
SHARE

Oleh : RUSILAH MD SOM

SEREMBAN, 6 November : Perwakilan PAS Negeri Sembilan menghadiri Muktamar PAS kali ke-67 secara hibrid yang disiarkan secara langsung dari Kuala Nerus, Terengganu.

Seramai 33 orang perwakilan hadir ke muktamar di sini bagi mewakili 8 kawasan di Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson, Rembau, Tampin, Kuala Pilah, Jempol, Rasah dan Jelebu.

Muktamar Tahunan PAS buat kali yang ke-67 yang diadadakan mulai hari ini 6 November hingga 7 November 2021 bersamaan 1 dan 2 Rabiulakhir 1443H bertempat di Duyung Marina & Resort, di Pulau Duyong, Kuala Terengganu, Terengganu.

Berdasarkan ucapan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, beliau menyatakan seramai 1546 orang perwakilan dijangka bersama dalam muktamar pada kali ini yang diadakan secara hibrid.

Menurut Takiyuddin lagi, seramai 650 orang sahaja perwakilan bersama di Puluau Duyong Terengganu, manakala 774 perwakilan berada di negeri masing-masing iaitu di sebelas lokasi seluruh negeri.

Menurut Pesuruhjaya ( PJ) PAS Negeri Sembilan, Rafiei Mustapha, beliau mengharapkan agar semua perwakilan yang hadir ke muktamar kali ini sebagai medan untuk menyusun gerak kerja terutama menentukan halatuju muafakat bagi menghadapi PRU ke 15.

Beliau juga mengingatkan agar ahli-ahli PAS di kawasan masing-masing mempunyai satu fikrah, iaitu yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.

“Akhlak ahli PAS perlu menjadi suri tauladan kepada masyarakat dan akhlak terpuji tersebut hanya dapat dibentuk dengan amal fardhi yang menjadi amalan harian kita”, ujar PJ lagi.

Hj Rafiei mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Panitia Muktamar Pas Pusat dan Panitia Muktamar di Negeri Sembilan atas kejayaan mengadakan muktamar di sini mulai hari ini.

Tambah beliau lagi, semoga muktamar kali ini menjadi medan kepada perwakilan merapatkan ukhuwah bagi menyahut tema yang terus diperjuangkan PAS,” Islam Menyatukan Ummah”.