Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Sepang
Muktamar merupakan medan telus untuk kita saling bermuhasabah seterusnya memperbaiki kelompongan dalam kepimpinan.
Siapa sahaja bila ditanya. Adakah engkau mahu menjadi pemimpin? Pastinya ramai menolak. Namun berbekalkan fikrah yang jelas, kepimpinan mesti diwarisi agar mata rantai perjuangan dapat meneruskan membina dan memperkukuh kedaulatan Islam.
Dikesempatan ini, Dewan Muslimat PAS kawasan Sepang mengucapkan Selamat bermuktamar kepada semua perwakilan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia – DMPM kali ke-61 yang akan berlangsung pada 30 Oktober 2021 hingga 31 Oktober 2021 secara hibrid.
Didoakan semoga sesi berhimpun dan bermuhasabah pada kali ini akan memantapkan lagi pengurusan organisasi Dewan Muslimat Pas Malaysia seterusnya memberi motivasi kepada semua penggerak haraki diseluruh negeri.
Siiru Ala Barakatillah!
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor