Home Rencana PAS Selangor

Mungkin atap juga cemburukan tiang – DPPK Gombak

23
SHARE

May be an image of 1 person, standing, sitting and indoor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Pemuda PAS Gombak

Analogi menarik yang telah disampaikan Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62 berkenaan tugas untuk kita berbakti dalam medan yang ditetapkan:

Sebuah bangunan ada yang terpaksa jadi tangga, waktu naik dipijak dan waktu turun dipijak juga, maka tangga tidak boleh mengeluh kepada atap kerana atap tak pernah kena pijak tetapi atap terpaksa berdepan dengan kepanasan dan hujan semata-mata menahan agar rumah selamat untuk diduduki.

Mungkin bagi atap rasa cemburu kepada tiang yang tak pernah kena panas dan yang tak pernah kena ribut, tetapi tiang berkata aku mendokong kamu puluhan tan setiap saat, dibahuku terpikul beban untuk memikul semua bebanan diatas aku, mungkin yang paling seronok adalah menjadi dinding kerana dinding tak perlu pikul apa2 dan dinding tak kena pijak dan sebagainya.

Tetapi dinding juga berkata: “tanpa aku segala harta khazanah tuan rumah ini tidak akan selamat, akulah yang menjadi pelindung walaupun aku tak dipijak dan aku tidak kena hujan.”

Bermakna bahawa seluruh elemen yang ada sangat penting dalam perjuangan islam. Jangan rasa kecewa dimana kita diposisikan, kerana Allah taala menjadikan setiap juzuk kita berharga dalam perjuangan Islam.

“Kita adalah mata rantai perjuangan Islam. Takbir !”

30 Oktober 2021 | 23 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor