Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat berehat Almarhum YB Dr. Yusnan – BPPWP

22
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saf kepimpinan berdukacita dengan pemergian Almarhum YB Dr. Md. Yusnan Yusof akibat serangan jantung awal pagi tadi.

Beliau yang dilantik menjadi ADUN Melor sejak 2013 berusaha keras menggerakkan Jawatankuasa Pengkajian Enakmen Negeri Kelantan yang memfokuskan usaha menyemak Enakmen sedia ada dan mencadangkan beberapa Rang Undang-undang (RUU) untuk dibawa ke Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Beliau yang meninggalkan seorang balu dan enam orang anak juga pernah berkhidmat sebagai pembantu Professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Pemergian permata berharga ini amat dirasai terutamanya kepada PAS dan kerajaan negeri Kelantan. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama yang beriman.

Islam Memperkukuh Perpaduan.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
30 April 2021 l 18 Ramadhan 1442H