Home Artikel PAS Wilayah

Pemuda PAS Wangsa Maju edar kurma semarakkan ramadan

23
SHARE

 

WANGSA MAJU, 30 Apr- Bagi menyemarakkan suasana Ramadan, Pemuda PAS Wangsa Maju telah mengadakan program edaran kurma kepada masyarakat setempat semalam.

Program yang diadakan di Bazar Ramadan Seksyen 1, Wangsa Maju itu merupakan program kerjasama dengan Pemuda PAS Wangsa Maju dan PAS Kawasan Wangsa Maju.

Aktiviti ini merupakan salah satu daripada program Kasihmu Ramadan yang telah disusun oleh (Lajnah Seni, Budaya dan Sukan) DACS Wangsa Maju.

Ia bagi memupuk semangat menghidupkan suasana Ramadan dalam kalangan pimpinan Pemuda PAS Kawasan dan juga masyarakat setempat.

Program telah dihadiri oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh diiringi YDP PAS Wangsa Maju, Ustaz Abdul Rani Mohamed Daud, Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju , Ustaz Mohd Abdul Hadi Ghazali, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wangsa Maju, Muhd Nur Azmi Yusuf dan Ketua DACS Wangsa Maju, Mohamad Asri Bin Abdul Wahid.