Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Selamat berehat Almarhum Tan Sri Harussani – BPPWP

84
SHARE

إنا لله وإنا إليه راجعون
اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saf kepimpinan amat berdukacita dengan pemergian Mufti Perak, Tan Sri Dato’ Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria hari ini.

Pemergian beliau sememangnya amat dirasai kerana ketokohannya ilmunya dan jasanya kepada perkembangan agama Islam di tanah air kita ini.

BPPWP mengucapkan setinggi-tinggi takziah kepada ahli keuarga beliau dan sama-sama mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama yang beriman dan beramal soleh.

Islam Memperkukuh Perpaduan

Wilayah Sejahtera

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
30 Mei 2021 l 18 Syawal 1442H