Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Selamat Berangkat Buat Rombongan PASRELIEF ke Lombok

723
SHARE

Selamat Berangkat Buat Rombongan PASRELIEF ke Lombok

Rombongan PASRELIEF akan berlepas ke Lombok pada hari ini, 23 September 2018 bagi menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi yang meggemparkan seluruh dunia baru-baru ini.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh serta Penolong Setiausaha 1 DMPM, Puan Norhafiza Fadzil turut menyertai misi ini yang dijangka akan berada di sana sehingga 27 September.

Saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa DMPM serta seluruh Muslimat PAS mengucapkan “fii hifzillah” (semoga selamat dalam jagaan Allah S.W.T) buat seluruh ahli rombongan PASRELIEF.

Semoga usaha ini menjadi bukti persaudaraan dan kesatuan ummah selari dengan ajaran Islam serta mudah-mudahan ia dinilai oleh Allah S.W.T sebagai amal soleh yang menjadi bekalan di akhirat kelak.

Siiruu ‘ala barakatillah

‘Islam Memimpin’

”Muslimat Istiqamah Memacu Kemenangan”

Dr. Rosni Adam
Timbalan Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia

23 September 2018 bersamaan 13 Muharram 1440