Home Berita PAS Terengganu

Selain Kedah, Tanah Rizab Melayu Terengganu Turut Meningkat

382
SHARE

KUALA TERENGGANU – Selain Kedah, satu lagi negeri di bawah PAS iaitu Terengganu turut merekodkan peningkatan keluasan tanah rizab melayu (TRM).

Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (Lajnah Tanah dan Peneroka), Amaturrahman Jaafar berkata, berdasarkan data dari Pejabat Tanah dan Galian negeri, Terengganu berjaya menambah keluasan TRM kepada 1938.32 hektar sejak PAS memerintah.

Amaturrahman Jaafar

“Antara janji manifesto PAS pada PRU-14 adalah menambah keluasan Tanah Rezab Melayu (TRM) kepada 1,000 hektar.

“Selepas 4 tahun, Kerajaan Negeri telah berjaya menambah TRM daripada 118 hektar pada 2018 kepada 1,938.32 hektar pada 31 Disember 2022,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Amaturrahman, perkembangan tersebut menyaksikan PAS serius dalam menjamin hak dan masa depan bumiputera.

“Kerajaan PAS yang ada negeri kedah dan Terengganu bukan sahaja berusaha untuk mengekalkan hak dan tanah orang melayu, malah menambah keluasan TRM.

“Ini penting bagi memastikan keistimewaan orang melayu terjamin dan ia sentiasa jadi keutamaan kerajaan apabila memegang tampuk pemerintahan,” jelasnya.