Home Berita PAS Pahang

Sektor Pendidikan DPPNP rai guru-guru di bawah kelolaannya sempena Hari Guru

118
SHARE

Oleh: FARIDAH KAMARUDDIN

KUANTAN, 31 Mei :: Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) telah meraikan warga pendidik di semua institusi pendidikan di bawah kelolaannya di suatu majlis sempena sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan 2022 di sebuah resort di Kuala Tahan, Jerantut baru-baru ini.

Program ini dianjurkan dengan matlamat memberikan penghargaan kepada guru-guru PASTI, SRITI, SMITI dan Maahad Tahfiz, seterusnya menyuburkan ukhuwah sesama guru.

Majlis tersebut dihadiri Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pahang, Ustaz Yuhanis Ahmad, bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) Tahan, Muhammad Zakwan Ahmad Badardin.

Turut hadir Ketua Sektor Pendidikan DPPNP Khairul Nizam bin Mustofai, Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang Ustaz Aireroshairi Roslan dan Ketua Majlis Guru PASTI Negeri Pahang Siti Ayuni Yahaya.

Siti Ayuni menyatakan rasa bangganya dengan penghargaan yang di berikan kepada guru-guru. Beliau turut berharap semua guru mendidik dengan ikhlas, sebaik mungkin dengan kasih sayang seperti terhadap anak sendiri tanpa melupai yang memberi kefahaman kepada anak-anak murid adalah Allah SWT.

Turut menjadi acara penting pada majlis tersebut ialah Anugerah Tokoh Guru PASTI Negeri Pahang yang telah diberikan kepada Siti Mariazatul Akmar Mat Saat dari Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Kuantan.