Home Berita PAS Selangor

Sekolah Kebangsaan Serdang dilanda banjir – JAMN Selangor

217
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

PUCHONG, 29 September – Semalam hampir seharian anggota Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor (JAMNS) turun membantu membersihkan Sekolah Kebangsaan Serdang di Puchong yang ditimba musibah Banjir kilat pada Ahad lepas.

Sehari sebelum itu, anggota Amal Selangor telah membantu mangsa banjir di Shah Alam, Kapar dan Sepang membersihkan beberapa rumah yang terjejas serta menghantar bantuan makanan.

“Khidmat bakti ini dilakukan oleh sekumpulan anak muda parti Islam Se-Malaysia PAS yang konsisten melakukan kerja-kerja kebajikan tidak kira masa, kepada siapa dan dimana jua mereka berada”, jelas Pengarah JAMN Selangor, Tuan Shehdi Hazrik Shamsudin.

“Semoga menjadi contoh buat semua anak muda negara untuk kita sama-sama bentuk negara ini dengan konsep Keluarga Malaysia yang sebenar”, kata beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor