Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Sekalung Tahniah: Tokoh Maal Hijrah 1442

408
SHARE

Sekalung Tahniah: Tokoh Maal Hijrah 1442

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan tahniah kepada kedua-dua Tokoh di atas penganugerahan yang diterima oleh mereka pada Sambutan Maal Hijrah di Masjid Negara, malam tadi.

Tan Sri Dato’ Seri Dr. Noor Hisham bin Abdullah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah bagi Peringkat Kebangsaan dan Fadhilatul Imam Al-Akbar Syeikh Dr. Ahmad Muhammad Al-Toyyib dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah bagi Peringkat Antarabangsa Tahun 1442 Hijrah.

Semoga Allah permudahkan segala urusan dan diberikan kekuatan untuk terus menggalas tanggungjawab.

#IslamMemimpinPerpaduan

Ikhlas daripada
YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
20 Ogos 2020 bersamaan 1 Muharam 1442