Home Dewan Ulamak PAS Pusat

Sekalung Tahniah Buat Menteri Besar Kedah Yang Baru

730
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

24 RAMADHAN 1441H  l  17 MEI 2020

SEKALUNG TAHNIAH BUAT MENTERI BESAR KEDAH YANG BARU

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) merakamkan sekalung tahniah kepada YAB Muhammad Sanusi Md Nor di atas lantikan secara rasmi sebagai Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman pada petang hari ini.

2. Pengalaman yang ada pada beliau sepanjang jawatan Setiausaha Politik kepada Tan Sri Dato Seri Diraja Ustaz Azizan, Menteri Besar Kedah pada 2008 – 2013 ketika PAS memerintah, pastinya memberikan kelebihan buat beliau untuk menerajui kerajaan Perikatan Nasional bagi menggantikan Pakatan Harapan yang telah hilang sokongan majoriti dalam membentuk kerajaan.

3. Ditambah lagi, kedudukan beliau sebelum ini selaku Ketua Pembangkang DUN Kedah memaparkan kelayakan dan kewibawaan beliau dalam mengangkat isu-isu rakyat tempatan dan negeri untuk melakukan sesuatu perubahan yang lebih baik di bawah pentadbiran baru yang akan diterajui oleh beliau.

4. DUPP menitipkan doa buat beliau agar diberikan kekuatan dan mendapat bantuan dari Allah untuk membawa negeri Kedah ke arah yang lebih baik dan sejahtera.

5. DUPP juga menyatakan kesediaan untuk memberikan bantuan dan komitmen bagi menjayakan pentadbiran negeri Kedah atas asas syariah dan akhlak sebagaimana yang telah terlaksana di negeri-negeri lain yang turut diperintah oleh PAS seperti di Kelantan dan Terengganu.

6. DUPP turut mengalu-alukan perlantikan YBrs Dr. Mohd. Zuhdi Marzuki sebagai Ketua Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, menggantikan YAB Muhammad Sanusi Mohd. Nor.

Selamat menjalankan tugas dan berbakti.
Siru ala barakatillah.

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)