Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Seindah Syawal bersama Angkatan Pertahankan Malaysia (APM) Manjung, Perak

51
SHARE

April 30, 2024

MANJUNG, PERAK : Skuad Prihatin Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) meneruskan misi Seindah Syawal dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Keprihatinan Sosial (LKKS) Perak dan PAS Kawasan Lumut meraikan Syawal bersama Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) Manjung.

Program Seindah Syawal diadakan di Perkarangan APM Manjung. Seramai 50 orang anggota APM yang sentiasa berada di barisan hadapan untuk membantu rakyat dalam masa-masa kecemasan diraikan dalam program tersebut.

Majlis yang bermula pada pukul 5 petang itu dibuka dengan ucapan oleh Penolong Pegawai Pertahanan Awam, Kapten (PA) Suliana Mohamad yang mengalu-alukan kedatangan YDP PAS Kawasan Lumut, YB Tuan Haji Rosli Abd Rahman serta para jemputan yang hadir.

YB Tuan Haji Rosli dalam ucapan penghargaannya turut menyatakan kesediaan PAS memberikan kerjasama dan sokongan berterusan kepada pihak APM kerana kerja-kerja yang dilakukan adalah merupakan kerja-kerja kebajikan untuk kebaikan orang awam.

Pelbagai juadah telah disediakan oleh anggota APM sendiri secara bergotong-royong, antaranya lemang, rendang ayam, bihun sup utara, nasi impit berserta kuah kacang dan aneka kuih raya.

Jutaan terima kasih kepada para penyumbang atas sumbangan serta sokongan yang telah berjaya mencapai objektif program bagi mengeratkan hubungan dan meneruskan kerjasama erat yang telah sedia terjalin sebelum ini dalam menghadapi pelbagai krisis dan bencana.