SELAMAT MENYAMBUT HARI TLDM KE-87 (27 APRIL)
PAS Perak menitipkan ucapan selamat menyambut Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke-87 kepada seluruh warga TLDM yang sedang bertugas dan tidak dilupakan kepada seluruh veteran TLDM yang pernah berkhidmat untuk negara sebelum ini selaku anggota TLDM.
TLDM yang dikenali dengan moto ‘Sedia Berkorban’ merupakan salah satu cabang Angkatan Tentera Malaysia dan agensi utama yang bertanggungjawab ke atas operasi pengawasan dan pertahanan maritim negara.
Sumbangan dan khidmat bakti TLDM dalam mempertahankan kedaulatan negara merupakan satu kebanggaan buat seluruh rakyat Malaysia melibatkan pelbagai operasi dan kejayaan yang mengagumkan.
Semoga TLDM akan terus menjadi sebuah angkatan tentera yang disegani dan dihormati di seluruh pelosok dunia atas keberanian, kegagahan dan kehebatan dalam mempertahankan Malaysia daripada anasir-anasir jahat.
Selamat berkhidmat dan berbakti buat tanah air tercinta TLDM. Anda adalah wira kebanggaan negara.