Home Rencana PAS Johor

Menteri ‘humble’

264
SHARE

Menteri ‘humble’

Oleh : Ustaz Ahmad Nawfal Mahfodz

Dua Menteri yang saya kenal ni, walaupun tidak berjawatan, tetap buat kerja.

Mungkin ‘klisye’ kalau saya kata semua pimpinan PAS itu memang begitu.

Alhamdulillah pagi tadi bergegas mengiringi YB Timbalan Menteri, Dato Hjh Siti Zailah bersama team JKM, menyantuni mangsa banjir yang melanda Segamat.

Lebih mesra dengan panggilan Kak Lah, beliau sangat disenangi oleh masyarakat kerana kerja kuat dan sentiasa cakna dengan isu duka bencana.

Memang tepat duduk beliau sebagai Pengerusi Khidmat Malaysia selain portfolio Kementerian.

Kami sempat menyantuni tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sebelum Kak Lah masuk mesyuarat MKN pada tengah hari.

Pagi tadi sahabat saya, Ustaz Azlan Haji Alias selaku Timbalan Ketua Pemuda PAS Johor melawat Bilik Gerakan (BG) Khidmat Malaysia Johor di Simpang Renggam.

Kami menempatkan seorang petugas tetap di BG tanda komitmen Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) selama operasi bencana dikendalikan oleh Khidmat Malaysia (KM) selain Jabatan Amal Malaysia Negeri Johor yang sememangnya bertindak sebagai support team buat KM.

Keputusan ini setelah menerima laporan langsung dari Naib Ketua Pemuda PAS Johor; Saudara Firdaus Jaffar merangkap Ketua Sektor Tanggungjawab Sosial dan Khidmat Masyarakat yang telah lebih awal ke BG pd hari Ahad.

Bertuah rasa pagi ini ditemani Pengarah JAMNJ; Tuan Iqbal Ghani dan Tuan Sanusi selaku Setiausaha Khidmat Malaysia Johor.

Penulis merupakan Ketua Pemuda PAS Negeri Johor