Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Saya Istiqamah Sebab Prinsip PAS – Kumutha

1794
SHARE

Saya Istiqamah Sebab Prinsip PAS – Kumutha

Oleh: Asmaa Yusof

Cik Kumutha adalah antara calon wanita non-muslim dari Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang mendapat perhatian ramai dalam Ceramah Penerangan Kempen PRU-14 pada hari keenam di Up Town Bandar Seri Alam, baru-baru ini.

Beliau menceritakan secara ringkas kenapa masih bersama PAS.

“Saya masih beristiqamah dengan PAS walaupun saya non-muslim, kerana saya telah melihat perlembagaannya; iaitu berdasarkan al-Quran dan Sunnah,” demikian ucap Cik Kumutha Raman, calon PAS Johor Jaya.

Beliau menegaskan bahawa prinsip PAS yang jelas dan kejayaan pentadbiran PAS di Kelantan adalah antara faktor utama beliau terus istiqamah.

“Tuan – tuan dan puan -puan boleh lihat di negeri Kelantan yang berada di bawah pemerintahan PAS selama 28 tahun, tidak ada kemusnahan atau runtuhnya tokong India; inilah buktinya kelebihan PAS Negeri Kelantan,” sambung beliau lagi.

Anak pertama daripada dua orang adik beradik itu merupakan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS Malaysia (DHPP) dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS Negeri Johor (DHPP). Beliau merupakan lulusan undang-undang dari Universiti Northumbria New Castle dan juga seorang Penasihat Undang-Undang Syarikat.

“Bagilah satu peluang kepada PAS untuk memerintah dan kami akan buktikannya,” tegasnya lagi di akhir ucapan beliau.