IPOH – Lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat yang merupakan satu-satunya sekolah sukan dalam negeri Perak.
Antara sekolah yang telah melahirkan atlet yang telah mewakili negeri dan negara dalam pelbagai kejohanan, tahniah kepada semua guru dan kakitangan sekolah yang berjaya melaksanakan program pembangunan akar umbi yang menyumbangkan kepada pembangunan sukan negara.
Turut melawat surau sekolah sukan ini yang masih didalam proses penambahbaikan, YB Haji Razman telah menyampaikan sumbangan untuk naik taraf surau tersebut.
Pelajar di sekolah ini diwajibkan solat fardhu berjemaah di surau dan qiamullai sekali dalam tempoh sebulan, semoga ia menjadi kekuatan rohani untuk pelapis atlet pada masa hadapan.