Home Berita PAS Pusat

Saranan PAS Dalam Isu Etnik Rohingya

822
SHARE

Semua pihak perlu melihat isu etnik Rohingya secara rasional, dalam kerangka kedaulatan perairan negara dan pertimbangan kemanusiaan, di samping keperluan mendesak bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

1. Kepada rakyat, fahami isu sebenar tentang penghapusan etnik, nasib pelarian, dan sindiket pemerdagangan manusia, elakkan menangguk di air yang keruh.

2. Kepada Kerajaan Malaysia, siapsiaga mengawal sempadan, namun bersifat belas terhadap pelarian, dan rangka penyelesaian jangka panjang yang konkrit.

3. Kepada ASEAN, segerakan dialog, hulurkan bantuan rentas-sempadan, tangani isu kedaulatan dan kemanusiaan secara bersama.

4. Kepada OIC, jadilah pelindung kepada etnik Rohingya, tubuhkan dana khas membela nasib pelarian, gerakkan bantuan kemanusiaan, kesihatan, dan pendidikan secara tersusun.

5. Kepada PBB dan dunia, teruskan desakan bagi mewujudkan keamanan dan kebebasan di Wilayah Arakan, Myanmar.

YB Ustaz Muhammad Khalil Abd Hadi
Pengerusi
Lajnah Antarabangsa PAS Pusat