Home Berita PAS Wilayah

Santuni Penduduk Sri Perak

29
SHARE

Oleh ‘Ainin Shukri

BATU, 25 SEPT: PAS Kawasan Batu turun padang bagi menyantuni penduduk di Flat Sri Perak Blok 35 pada hari ahad 25 September 2022 yang lalu.

Program bertujuan untuk beramah mesra dengan penduduk tempatan serta mendapatkan maklumat terkini berkenaan hal-hal kebajikan penduduk setempat. Turut hadir bersama Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Batu merangkap Ketua Cawangan Sri Perak iaitu En. Shamsudin Ghazali.

Sebanyak 41 buah rumah terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India di Flat Sri Perak Blok 35 berjaya dikunjungi dan disantuni oleh wakil dari PAS Kawasan Batu.

Kunjungan ke rumah mereka mendapat sambutan yang baik daripada penduduk Melayu, Cina dan India yang turut memberikan sokongan penuh kepada PAS Kawasan Batu bagi meneruskan kelangsungan kebaikan dan manfaat buat masyarakat sejagat.

Susulan daripada program ini akan diadakan pengagihan bantuan dan sumbangan bagi penduduk yang memerlukan.

Beliau turut mengajak kita bersama-sama dengan perjuangan Islam walaupun menghadapi cabaran hidup semasa, demi mendapat kebaikan dunia dan akhirat, PAS adalah parti yang bukan sahaja berada dalam politik tetapi menekankan aspek dakwah dan tarbiyah dan tidak lupa juga kepada aktiviti aktiviti kebajikan.