Home Fastaqim

Gimik Pelancaran Jentera Pilihan Raya Tampil Keyakinan Hadapi PRU

2457
SHARE

Gimik Pelancaran Jentera Pilihan Raya Tampil Keyakinan Hadapi PRU

KUALA NERUS, 30 Sept – Gimik Pelancaran Jentera Pilihan Raya Dewan-Dewan di tapak Fastaqim hari ini menyaksikan pelepasan 6 ekor kuda bersama pembawa panji-panji.

Panji-panji tersebut terdiri dari 4 kibaran bendera PAS, satu bendera Malaysia dan satu bendera Fastaqim.

Kesemua panji tersebut diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diserahkan kepada wakil dewan masing-masing.

Panji pertama diserahkan kepada Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat (DUPP), Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed, seterusnya panji kedua kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Khalil Abdul Hadi.

Panji ketiga dan keempat pula diserahkan kepada Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Sallah dan Ketua Dewan Himpunan Pengokong PAS (DHPP), Dr. Balasubramanian.

Keempat-empat panji yang diserahkan kepada semua Ketua Dewan tersebut ialah bendera PAS manakala bendera Fastaqim diserahkan kepada Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasarudin Hassan Tantawi.

Menariknya, panji bendera Malaysia diserahkan kepada Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Sanusi sebagai simbolik PAS bakal menawan negara dalam Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.