Home Berita PAS Selangor

Sambutan ulang tahun Soutul Amal yang ke-23 – Ketua Pemuda DPPN Selangor

178
SHARE

May be an image of 5 people and people standing

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sungai Buloh | Ungkapan kata Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Ustaz Hanafi Zulkapli, sejarah kalian bermula bertujuan untuk mendidik dan memperjuangkan Islam. Sedari awal berada hanya dalam kalangan ahli-ahli dan kini sudah mampu berada dalam masyarakat dan pencinta hiburan Islam.

“Kalian juga berjaya meninggalkan sebuah lagu yang cukup bermakna buat kami dalam Dewan Pemuda PAS dan Jabatan Amal Malaysia ( Original ) dengan lagu ‘BERAMAL KERANA ALLAH’ “, ujar beliau.

“Saya mengambil kesempatan untuk merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kerana sepanjang perjalanan Soutul Amal banyak memberi mesej-mesej mendidik dan meniup semangat juang buat pejuang-pejuang Islam”, sambung beliau lagi.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor