Home Berita PAS Pusat

Presiden PAS stabil, anak mohon doa orang ramai

49
SHARE
Assalamu’alaikum wbt.

Mohon doa dan solat hajat khusus kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera. Beliau kini berada di IJN dalam keadaan yang stabil namun masih perlukan rawatan susulan dan pemantauan oleh doktor.

Saya turut menerima pertanyaan tentang mesej-mesej yang tersebar, kebanyakannya adalah tidak benar dan ditokok tambah. InsyaAllah saya akan maklumkan keadaan Ayahanda Tuan Guru dari masa ke masa. Terima kasih.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
IJN, 6 Jun 2021