Home Artikel PAS Perak

Sambutan Ulang Tahun PAS Kali ke 67 | PAS Kawasan Teluk Intan

100 views
SHARE

Teluk Intan – PAS tetap utuh mengharungi persada siasah negara selama 67 tahun kerana istiqamah dengan dasar Islam.

Demikian dinyatakan Pesuruhjaya PAS Perak, YB Hj Razman Zakaria semasa menyampaikan ucapan sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-67 PAS peringkat PAS Kawasan Teluk Intan.

Majlis telah diadakan di Dewan KOMPASTI, Kg Padang Tembak dekat sini.Menurut beliau yang juga merupakan ADUN Gunung Semanggol, gerakan perjuangan Islam di Malaysia bukanlah bermula sejak 67 yang lalu kerana ia bermula lebih lama lagi oleh para Ulama seperti Ustaz Abu Bakar al-Baqir yang telah menubuhkan Hizbul Muslimin bersama ulama lain.


“Pengkisahan sejarah perjuangan Islam dan PAS perlu dilakukan agar generasi muda tahu akan susah payahnya generasi terdahulu memperjuangkan Islam di negara ini.”

Beliau yang juga merupakan Bendahari PAS Pusat turut mengulas isu-isu semasa seperti perancangan meratifikasikan ICERD oleh kerajaan PH.


Sebelum itu, Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Teluk Intan turut menyampaikan ucapan.
Dalam majlis tersebut, PAS Kawasan Teluk Intan telah menganugerahkan beberapa tokoh lama parti yang telah banyak berjasa kepada parti.

Antara kategori anugerah ialah Anugerah Jasamu Dikenang, Tokoh Guru PASTI dan Tokoh as Sabiqun. Manakala Anugerah Tokoh Ulama telah diberikan kepada mantan AJK PAS Pusat iaitu Ustaz Hj. Fakharuddin bin Dato’ Hj. Ghazali.

Sebelum itu, program dimulai dengan majlis tahlil sebagai memperingati pemimpin PAS yang telah meninggal dunia.