Home Artikel PAS Perak

Jamuan Hari Terbuka Deepavali DHPP Perak

89 views
SHARE

Sempena sambutan hari Deepavali tahun ini, Sdr Suria Narayanan yang merupakan Ketua DHPP Perak telah mengadakan sambutan hari terbuka deepavali di rumahnya Taman Intan Nova,Teluk Intan.

Turut hadir memeriahkan majlis Pesuruhjaya PAS Perak YB Haji Razman Zakaria dan Pengerusi LPN PAS Pusat Dr Najihatussalehah serta Pengurusi LPN Perak Sdr Muhammad KY Tiang bersama beberapa ajk muslimat negeri Perak.

Majlis dihadiri oleh rakan kaum india dan cina itu diserikan dengan kehadiran kanak-kanak yang teruja menerima sampul wang dari pimpinan PAS Perak.

Ketua Pemuda DHPP Perak Sdr Yougan Mahalingam sangat berbesar hati dan turut melahirkan rasa semoga keharmonian antara agama dan kaum terus terbina untuk keamanan negara kita.

#terusmara
#islammemimpin
#memimpinperpaduan