Home Berita PAS Sarawak

Sambutan Menggalakkan di Kempen Daftar Pemilih Muslimat PAS Miri

675
SHARE

Miri, 19 Jun – Kempen Daftar Pemilih dan Edaran Bubur Lambuk Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Miri telah diadakan di Bazaar Ramadhan Emart Riam, Miri sekitar jam 4 petang Ahad lepas.

Kempen tersebut telah diketuai oleh Ketua Jabatan Pilihan Raya DMPK Miri iaitu Puan Izyan Haziqah bersama-sama dengan ahli jawatankuasa DMPK Miri yang lain.

Menariknya, kempen daftar pemilih yang diadakan secara bersiri sepanjang Ramadhan ini sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung bazaar Ramadhan yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat termasuk kaum Iban dan Cina terutamanya dari parlimen Sibuti.

Tujuan program seumpama ini dianjurkan adalah untuk mendekatkan Muslimat PAS Kawasan Miri dengan masyarakat seterusnya membuang sentimen PAS hanyalah sebuah parti politik semata-mata. Kehadiran pengunjung ke kaunter daftar pemilih telah membuktikan bahawa mereka menerima kehadiran PAS di bumi Miri dengan terbuka.

Selain kaunter semakan daftar pemilih, surat khabar Harakah dan 100 bungkus bubur lambuk turut diedarkan secara percuma kepada peniaga dan pengunjung yang hadir ke kaunter tersebut.

Sila layari https://www.facebook.com/DMPKMiriPage/ untuk mengetahui aktiviti lanjut mengenai Dewan Muslimat PAS Kawasan Miri.

 

{jathumbnail off}