Home Berita PAS Pahang

Sambutan kemerdekaan di PASTI Darul Ulum meriah

164
SHARE

Oleh IDAYU HASHIM

ROMPIN, 30 Ogos : Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-65 diraikan dengan meriah oleh anak-anak Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Darul Ulum, Kampung Sepakat, pagi ini.

Sambutan ini adalah untuk memupuk semangat patriotik dikalangan anak-anak PASTI seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.

Setiausaha Parti Islam Se-Malaysia (PAS) DUN Tioman, Aziz Ab. Hamid telah hadir menyaksikan kemeriahan itu dan berkongsi kegembiraan anak-anak pada sambutan tersebut.

Menurut Aziz, “Sambutan harini bertujuan supaya anak-anak PASTI ini kenal erti kemerdekaan dan perjuangan Islam yang mementingkan kepimpinan Islam dan menolak sistem penjajah.

“Harapan kami sangat besar agak anak-anak ini mengenal dosa pahala kerana mereka bakal memimpin negara. Semoga dengan penerapan ilmu kefahaman Islam dapat membentuk mereka menjadi pemimpin yang mengikut syariat Islam,” tegas beliau.

Sementara itu, di lokasi yang lain, Sekolah Rendah Integrasi Tunas Islam (SRITI) Darul Ummah, Kampung Mentara dan SRITI Al-Aziz, Kampung Sepakat turut meraikan sambutan hari kemerdekaan di sekolah masing-masing.