Home Berita PAS Selangor

Sambutan hari kesedaran ‘sickle cell’ peringkat dunia – DPPN Selangor

51
SHARE

May be an image of 3 people, people standing and text

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Sempena 19 Jun, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mengucapakan selamat menyambut hari kesedaran ‘Sickle Cell’ atau Sel Sabit yang di sambut di seluruh dunia bagi meningkatkan kesedaran tentang betapa besar atau utamanya penyakit genetik ini pada masalah kesihatan awam yang melanda dunia.

Menurut Pemuda PAS Selangor, penyakit Sel Sabit atau lebih dikenali sebagai Anemia Sel Sabit merupakan penyakit kelainan bentuk sel darah iaitu berbentuk bulan sabit.

Sel Sabit akan membuatkan sel darah tersebut menjadi keras dan melekit serta cepat mati. Ini akan menyebabkan pesakit sering kekurangan darah dan sel darah yang akan bergumpal boleh menyebabkan saluran darah tersumbat dan dijangkiti penyakit serta seperti strok.

Gejala Sel Sabit hanyalah datang melalui keturunan. Seseorang bayi yang lahir akan mengidap penyakit ini jika kedua orang tuanya adalah pembawa genetik Sel Sabit.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor