Home Berita PAS Wilayah

Sambutan Hari Guru 2020: Cabaran Pengajaran Dengan Norma Baharu

1131
SHARE

Kedudukan orang berilmu sangat tinggi di sisi agama sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Mujadilah ayat 11:

یَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ مِنكُمۡ وَٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَـٰتࣲۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِیرࣱ

Maksudnya: (supaya) Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, serta orang-orang yang diberi pengetahuan ilmu agama di kalangan kamu beberapa darjat.

Maka apatah lagi tingginya darjat orang yang mengajarkan ilmu yang seharusnya kita hormati. Saidina Ali R.A pernah menyebut yang bermaksud:

“Aku adalah seorang hamba kepada sesiapa yang mengajar aku sekalipun satu huruf. Sekiranya dia mahu, dia boleh menjual aku, sekiranya dia mahu, dia boleh menjadikan aku hambanya, dan sekiranya dia mahu, dia boleh memerdekakan.

Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya mencabar seiring perubahan zaman, apatah lagi dengan norma baharu disebabkan COVID-19 yang menuntut para guru untuk lebih kreatif menggunakan pelbagai medium pengajaran seperti pembelajaran atas talian.

Sambutan hari guru pada tahun ini semestinya disambut dengan lebih bermakna untuk menghargai jasa dan keringat para guru walaupun dengan keadaan yang berbeza dari tahun-tahun sebelumnya.

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru dan pendidik di Malaysia khusus di Wilayah Persekutuan. Semoga titik peluh kalian mendidik anak bangsa mendapat ganjaran yang terbaik di sisi Allah.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
16 Mei 2020 l 23 Ramadhan 1441H